Tuesday, 1 September 2015

inilah gambar homestay surina



Inilah Homestay Surina yang comel.. Ianya adalah corner lot.. Boleh la kalau anak-anak nak lompat-lompat ke kan.. agak luas ruang di luar


Ruang tamu agak luas dilengkapi televisyen dengan astro Njoi..


Bilik master dilengkapi katil king size dan aircond. Tandas di dalam bilik.


Bilik kedua, dengan katil super single dan aircond.



Bilik ketiga dengan katil super single


Bilik keempat dengan katil super single


Jumlah bilik air ada dua, dan keduanya dilengkapi water heater (Pemanas air).


Dapur dengan meja makan, serta periuk nasi dan pemanas air.


Jemputlah ke Homestay Surina! :-)

Call/ sms/ whatsapp: 013-5853137

Rumah baru yang selesa untuk penginapan keluarga dengan harga berpatutan.. :-)

Sunday, 9 August 2015

GERIK kampungku...

Assalamualaikum semua..

Tiba-tiba rasa teringin nak cerita ceriti tentang kampungku, Gerik (sekarang dah bandar tau :-)). Kat mana nak start ye. Mungkin ramai yang kenal Gerik masa belajar Geografi Tingkatan 1 (kalau kome tak tido le masa cikgu ngajor).. dalam topik highway tu.. Highway (highway lah sangat..) Timur Barat tuh la.. Gerik-Jeli..

Banyak special Gerik nih tau.. Tempat ni pertemuan antara beberapa negeri dan juga negara (echewah..bangga org Gerik). Kedah- Kelantan- Perak - Thailand. Nak pulak dah ada jalan Gerik - Kulim..memang kelas wo habaq hang..

Tapi masa kecik2 dulu, takde sapa pun nak datang Gerik ni sebab terkenal sebagai tempat yang paling akhir diisytihar free-komunis.. Sian kami..

Tapi,..ramai orang nak datang Gerik sebab ada hutan 130 juta tahun tu..Royal Belum... Tak penah dengar??? Hish..tak patut... Khazanah negara tuh. Orang putih berderet-deret dok datang tengok, jengok, telek, belek bagai..korang tak tau?? Ish...pi google lekaih.

Ok lenkali kita sambung lagi no..

p/s: Jangan lupa hello no..sewa homestay kami... 013-5853137

Friday, 7 August 2015

Peningnya menyiapkan rumah baru...

Assalamualaikum semua...

Saya tak pernah menyangka menyiapkan rumah baru adalah sangat rumit...hahah.. ingatkan bila beli rumah taman ni, terus settle semua.. rupa-rupanya banyak benda kena buat ye kawan2 sekalian.. Wiring lah, nak beli segala lampu bagai, siling lah.. lampu pagar lah..
 :-D

Tapi alhamdulillah lah settle juge 3/4 keroje nye..dan rasanya dah buleh kot duduk dah... alhamdulillah.. Tak sabar nak terima tetamu pertama nanti Insya-Allah :-)

Ok... yang berminat boleh call: 013-5853137

Gambar pun belum masuk lagi.. tengok le nanti dah snap gambar cun sikit, kita upload..

Hokkay..selamat ber-weekend!!

-Puan Surina-

Wednesday, 5 August 2015

HOMESTAY SURINA, GERIK, PERAK

Kami akan mula beroperasi insyaAllah pada 10/08/2015.
Nanti saya update gambar ye..

Alamat kami:

77, Taman Raflesia,
Gerik, Perak.

Lebih kurang 1 km dari bandar Gerik.

:-)


Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Saya baru memulakan blog, insya-Allah mengharapkan yang terbaik daripada blog ini :-)
Hajat asal untuk memulakan blog adalah untuk mempromosikan rumah kesayangan saya (maklumlah rumah pertama yang dibeli) untuk disewa sebagai homestay.

Buat masa ini kami sekeluarga menetap di rumah ibu, jadi rumah baru ini hanya sebagai persinggahan dan boleh lah disewa sebagai homestay...

Kami bercadang untuk mula operasi pada 10 Ogos 2015 ini.

Alamat rumah baru saya ini:

No.77, Taman Raflesia,
Gerik, Perak.

-Cornerlot
-4 bilik, dengan 2bilik ada aircond
-2 tandas, dan keduanya ada water heater (pemanas air)
-Ada tv, dengan Njoi

Ok..nanti saya update lagi. :-)
Maybe blog ini juga untuk cerita-ceriti yang lain..